Saturday, April 25, 2015

Memilih Set Tangas - buatlah pilihan yang bijak


Kepada semua pembaca yang dihormati

Membeli Set Tangas adalah ibarat pembelian sekali seumur hidup. Kita tidak membelinya selalu dan tidak juga kerana harganya yang murah. Kita membelinya kerana fungsinya yang praktikal dan set tangas yang dibeli boleh dipakai hingga ke tua dan boleh digunakan oleh anak cucu kita juga. Oleh itu memilih set tangas yang baik adalah perlu supaya ianya tidak membazir wang dan memudaratkan kesihatan. Sekarang ini Set Tangas banyak dibuat daripada pelbagai bahan. Ini termasuklah kayu solid, plywood, MDF, besi, seramik dan plastik dan terdapat juga pelbagai rekaan yang dirasakan dapat memenuhi citarasa pengguna. Kerana kepelbagaian tersebut Jana Herba terpanggil untuk memberi sedikit panduan untuk memilih set tangas yang baik.

Disini ada beberapa panduan yang boleh diberi perhatian sebelum membuat keputusan untuk membeli set tangas.

1. Bahan Kayu Solid

Membeli set tangas adalah paling baik daripada kayu asli dan bukan kayu yang telah dproses seperti Plywood dan MDF apalagi daripada bahan plastik seperti bangku plastik atau besi.
Kayu yang digunakan oleh Jana Herba adalah jenis Pain yang diimpot. Kayu pain adalah kuat, ringan dan wangi. Ianya amat sesuai untuk tangas/sauna kerana ianya boleh menyerap lebihan haba. oleh itu walaupun panas tapi tetap rasa nyaman.


2. Kekuatan Set Tangas
Set Tangas dipakai oleh mereka yang pelbagai berat badannya. Ada yang ringan dan ada yang berat hingga 100kg lebih. Oleh itu kekuatan sesebuah set tangas sangat perlu. Set Lengkap Bertangas dan Set Tangas A1 keluaran Jana Herba dibentuk dengan urat kayu yang menegak. Digam dan diskru rapat. Kemudian dikepit dengan dua batang kayu yang mana kekuatan setiap panel kayu digandakan. 




3. Alas Duduk yang Inovatif
Sekali lihat ianya seperti bentuk jamban. Mengapa ianya dibentuk sebegitu?. 
Kebanyakan Set Tangas hanya mempunyai lubang bulat ditengahnya. Pengguna hanya dapat duduk ditepi lubang tersebut menyebabkan punggung sudah semakin kebelakang. Ini mengakibatkan badan sudah tidak seimbang dan boleh terbalik kebelakang. Dengan Set Sauna Jana Herba kami mengkaji bagaimana pengguna boleh duduk ketengah yang mungkin supaya badan lebih seimbang dan hasilnya adalah seperti dalam rajah. Lubang kecil dibelakang juga ada peranannya. ianya berfungsi untuk mencegah buasir. Ianya boleh mengecutkan buasir apabila kita melakukan 
"senaman kagel". Untuk info hanya set tangas dari Jana Herba Enterprise sahaja yang mempunyai bentuk seperti ini dan dipersetujui oleh Doktor dan Pengusaha Spa.



4. Tidak dicat atau shellec
Set Tangas Jana Herba tidak dicat atau disapu shellec kerana bahan tersebut boleh mengeluarkan toksid apabila dipanaskan. Kami hanya menggunakan minyak kayu untuk menampakkan struktur kayu. Walaupun cantik menjadi keutamaan tetapi tidak mengabaikan aspek kesihatan dan tidak mengunakan bahan yang boleh mendatangkan kemudaratan.

Untuk memartabatkan sesuatu kaedah bukanlah mudah. Ianya memerlukan kajian yang teliti dan yang pentingnya ia memberi manfaat kepada pengguna. Semoga dengan perkongsian panduan ini dapat kita memartabatkan kaedah bertangas ini seiring dengan kaedah lain seperti berurut, berbengkung, bertungku dan mandiwap khasnya untuk para ibu-ibu lepas bersalin dan secara amnya untuk semua pengguna yang mementingkan kesihatan.

Untuk lebih info bolehlah hubungi:

Ahmad Tarmizi
Bahagian Jualan dan Promosi
Jana Herba Enterprise
15, Jalan Jejarum 2B/3, Bukit Beruntung (BB9),
48300 Rawang, Selangor.
Tel: 012-6963987
emai: janaherba@gmail.com
blog: http://bertangasdanmandiwap.blogspot.com





Wednesday, September 3, 2014

Salam sejahtera kepada semua pengunjung blog ini. 

Sudah lama saya ingin memasukkan keterangan terkini berkenaan produk kami dalam bentuk video. Saya rasa video adalah lebih terang dan terperinci yang mana akan membuatkan pelanggan lebih yakin dengan produk kami. Insyaallah dimasa akan datang lebih banyak lagi post mengenai produk dalam bentuk video.


Post kali ini saya memberi sedikit gambaran tentang produk Kabin Mandiwap Herba terkini keluaran Jana Herba.Bingkai daripada kayu Balau dan Kabin daripada kayu Pain yang di import. Disertakan dengan periuk herba elektrik, hos stainless steel, serkup kepala dan takung aluminium. Percuma 5 ramuan mandiwap herba segar. Untuk keterangan lanjut sila hubungi saya Ahmad Tarmizi di 012-6963987 atau email: janaherba@gmail.com.




Tuesday, June 3, 2014

Salam sejahtera kepada semua yang telah berusaha mengekalkan kesihatan diri dan keluarga. Sudah agak lama kami tidak mengemaskinikan blog ini yang mana telah ramai tertanya-tanya apakah perusahaan kami masih dijalankan.

Wednesday, September 4, 2013

Selamat datang ke alam penjagaan badan secara semulajadi

Penjagaan badan secara semulajadi adalah diilhamkan dari kelebihan herba-herba disekeliling kita. Dalam blog ini kami akan memaparkan produk-produk keluaran kami dan kelebihannya yang telah terbukti dari turun temurun.